KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan permintaan yang lemah, menjejaki penurunan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), menurut seorang penganalisis.
Penganalisis tersebut berkata peningkatan risiko geopolitik termasuk perang Rusia-Ukraine telah menyediakan sokongan tempat selamat yang terhad sewaktu dolar AS yang lebih kukuh dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi.
Kontrak bulan semerta November 2024 menyusut kepada US$2,627.30 setiap auns troy daripada US$2,636.30 setiap auns troy pada Selasa.
Sementara itu, kontrak untuk Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,640.40 setiap auns troy daripada US$2,649.30 sebelumnya.
Jumlah dagangan menguncup kepada lapan lot daripada 10 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 26 kontrak daripada 34 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 19 Nov, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,623.20 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial