AM

Kerajaan MADANI Komited Tambah Baik Perkhidmatan Demi Masa Depan Rakyat- Fadillah

21/11/2024 12:34 AM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kerajaan MADANI komited untuk menambah baik perkhidmatan kerajaan dengan harapan pencapaian itu akan terus meningkat untuk semua rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata dalam melakar hala tuju yang jelas, kerajaan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak dan memastikan kepentingan setiap kumpulan komuniti terjaga.

"Sepanjang dua tahun ini, pelbagai usaha telah dijalankan dan beberapa pencapaian telah kita lakar. Demi negara, demi masa depan kita.  

"Kami ingin bersama anda semua dalam membentuk Malaysia yang sejahtera,” katanya.

Sehubungan itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) mengajak orang ramai ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 22 hingga 24 Nov ini.

Program 2TM dengan tema 'MADANI di hati, Rakyat disantuni' yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 6 petang itu menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada kementerian, agensi serta jabatan kerajaan kepada rakyat. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan program tersebut pada 11 pagi, Sabtu ini. 

Selain pameran perkhidmatan daripada kementerian terlibat, pelbagai aktiviti dan tawaran menarik menanti orang ramai antaranya reruai usahawan serta Jualan Rahmah MADANI.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan