POLITIK

Sambutan Jubli Emas BN Pada 7 Dis - Ahmad Zahid

28/11/2024 12:25 PM

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Bilik Mesyuarat BN, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.

“Semoga perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat ini dapat terus memperkukuh perjuangan sebuah pasukan Barisan Nasional. Insya-Allah. Barisan Nasional, Pendukung Aspirasi Rakyat,” katanya melalui hantaran di Facebook miliknya.

Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa mesyuarat itu membincangkan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Gabungan BN terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

BN ditubuhkan pada 1 Jun 1974 oleh Tun Abdul Razak Hussein, yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Gabungan politik ini dibentuk untuk menggantikan Parti Perikatan, dengan tujuan memperkukuh perpaduan antara pelbagai parti politik di Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan