AM

Bernama Terima Anugerah Pada Majlis Apresiasi Penggiat Belia Wilayah Persekutuan 2024

02/12/2024 01:00 AM

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) antara penerima anugerah pada Majlis Apresiasi Penggiat Belia Wilayah Persekutuan 2024 di sini malam ini.

Anugerah Khas Presiden Kategori Media itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa kepada Editor Eksekutif (Perkhidmatan Berita) Bernama Mohd Haikal Mohd Isa.

Anugerah lain ialah Pingat Jasa Belia (PJB) yang diberikan kepada lapan individu termasuk Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Lima individu menerima Anugerah Pingat Bakti Belia (PBB).

Majlis Apresiasi Penggiat Belia 2024 itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Turut hadir Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Khairul Rizam Abu Samah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan