AM

JPS Terus Pantau Lembangan Sungai Di Kelantan Berisiko Banjir

05/12/2024 11:19 PM

KOTA  BAHRU, 5 Dis (Bernama) -- Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.

JPS dalam kenyataan memaklumkan pemantauan itu dilakukan susulan amaran hujan berterusan (Waspada) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di kesemua jajahan bermula pada 8 hingga 14 Dis ini.

"Kita akan memantau kesemua lembangan sungai utama yang ada di 10 daerah di negeri ini iaitu di Tumpat melibatkan lembangan Sungai Golok (Sungai Pengkalan Nangka dan Sungai Mentua), lembangan Sungai Kelantan dan lembangan Sungai Pengkalan Nangka manakala di Pasir Mas pula lembangan Sungai Golok (Sungai Bunut Susu dan Sungai Meranti) serta lembangan Sungai Kelantan.

"Bagi Kota Bharu pula melibatkan lembangan Sungai Kelantan manakala di Tanah Merah pemantauan turut dilakukan di lembangan Sungai Golok (Sungai Jegor) dan Sungai Kelantan (Sungai Kusial, Sungai Manal dan Sungai Jedok)," menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, JPS turut melakukan pemantauan di tiga lembangan sungai di daerah Bachok iaitu melibatkan Sungai Gali, Sungai Kemasin dan Sungai Semerak (Sungai Lubuk Nibong dan Sungai Melor).

"Di Machang melibatkan lembangan Sungai Kelantan (Sungai Abal, Sungai Bagan, Sungai Dalu, Sungai Galang, Sungai Hala, Sungai Hau, Sungai Joh, Sungai Kemudu, Sungai Kerak dan Sungai Kerawang).

"Selain itu, di Pasir Puteh pula melibatkan lembangan Sungai Kelantan (Sungai Semerak dan Sungai Tasek) dan lembangan Sungai Semerak (Sungai Besut, Sungai Daran Buaya, Sungai Jelor, Sungai Kelong dan Sungai Rasau)," menurut kenyataan itu.

Bagi daerah Kuala Krai pula pemantauan melibatkan lembangan Sungai Kelantan (Sungai Durian, Sungai Tagor, Sungai Galas, Sungai Sedulek, Sungai Geh, Sungai Nal, Sungai Lebir, Sungai Mel, Sungai Mesek dan Sungai Pahi.

Sementara itu, di Jeli pemantauan dilakukan di lembangan Sungai Golok (Sungai Buloh, Sungai Lanas, Sungai Legeh dan Sungai Satan) manakala di lembangan Sungai Kelantan (Sungai Pergau, Sungai Belahat, Sungai Jeli, Sungai Jentiang dan Sungai Taduh).

Jajahan Gua Musang pula melibatkan lembangan Sungai Kelantan (Sungai Aring, Sungai Chalil, Sungai Chiku, Sungai Cindai, Sungai Galas, Sungai Keneras, Sungai Ketil, Sungai Lebir, Sungai Nenggiri, Sungai Paloh dan Sungai Tupai).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan