AM

Dewan Negara Ucap Tahniah Kepada Musa Aman Atas Pelantikan TYT Sabah

18/12/2024 12:12 PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Dewan Negara hari ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Musa Aman atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, semalam.

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah ketika membacakan pemasyhuran tersebut sebelum memulakan persidangan hari ini berkata, kesemua Ahli Dewan berharap pelantikan itu dapat membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada penduduk Sabah. 

“Kita juga ucapkan selamat berkhidmat kepada beliau,” katanya.

Musa, 73, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2028. 

Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Dis ini, selepas menyandang jawatan itu selamat empat penggal bermula 1 Jan 2011.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan