AM

Jenazah Tokoh Kraf Negara Norhaiza Noordin Selamat Dikebumikan

19/12/2024 08:04 PM

JERTIH, 19 Dis (Bernama) -- Jenazah Tokoh Kraf Negara Norhaiza Noordin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja di sini pada 5.15 petang tadi.

Jenazah beliau sebelum itu dibawa ke Masjid Nasirudin Shah Kampung Raja di sini untuk disolatkan.

Anak sulung Allahyarham, Mohammad Othman, 23, berkata ayahnya dikenali sebagai seorang yang amat mencintai bidang ukiran kayu dengan falsafah dan motif tersendiri.

"Ayah orangnya lembut tetapi serius khususnya membabitkan seni ukir.  Allah lebih menyayanginya,” katanya kepada Bernama selepas urusan pengebumian.

Norhaiza, yang menghembuskan nafas terakhir pada 6.13  pagi pada usia 61 tahun kerana masalah jantung di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, meninggalkan seorang isteri, Che Rohayati Abdullah, 49 dan dua anak iaitu Mohammad Othman dan Rabiatul Adawiah, 21.

Anak jati Besut itu, yang dinobat sebagai Tokoh Kraf Negara pada 2022, telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Adiguru Kraf Ukiran Halus itu juga adalah Yang Dipertua Persatuan Penggiat Seni Ukir Malaysia (Pengukir).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan