PUTRAJAYA, 1 Jan (Bernama) -- Sebanyak 36 saman dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk motosikal tiada cermin sisi, tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, menerusi Op Ambang Tahun Baharu.
Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Putrajaya ASP Khairulrahman Rahmat, berkata operasi bermula kira-kira 11 malam tadi sehingga 3 pagi ini di dua lokasi iaitu Persiaran Utara dan Jambatan Gemilang.
Beliau berkata sekatan jalan raya dilaksanakan selepas sambutan ambang tahun baharu bagi mengelak berlaku kesesakan trafik dan tumpuan sebaliknya diberikan kepada kawalan keselamatan di sekitar lokasi sambutan di Presint 3.
“Motosikal tiada cermin sisi, tiada lesen, nombor pendaftaran fancy dan tidak pamer pelekat 'P' merupakan kesalahan utama dikesan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sebanyak 85 kenderaan kebanyakannya motosikal dan 97 individu diperiksa sepanjang operasi itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial