KOTA KINABALU, 2 Mac (Bernama) -- Banjir di Sabah pulih sepenuhnya dengan lima pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir, iaitu di Telupid ditutup pada 8 pagi ini dan kesemua 350 mangsa daripada 102 keluarga yang mendiami PPS itu dibenarkan pulang.
Pegawai Daerah Telupid Celestine Jetony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telupid dalam kenyataan berkata semua PPS ditutup setelah pemeriksaan kawasan dan kediaman Penduduk Terjejas Bencana (PTB) selamat untuk didiami.
"Berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi dalam JPBD, maka saya mengisytiharkan bahawa semua PPS ditutup 8 pagi … keadaan cuaca pagi ini mendung dan keadaan paras air semakin menurun," katanya hari ini.
Hujan lebat pada petang Rabu lepas menyebabkan beberapa kampung di Paitan dan Telupid, dua daerah di kawasan pedalaman Sabah, terjejas banjir.
Ekoran itu, beberapa PPS dibuka di Telupid pada malam itu manakala PPS di Paitan dibuka keesokannya, namun ditutup petang semalam kerana banjir semakin pulih.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial