AM

Calon KP AKPS Sudah Ada, Pengumuman Dalam Masa Terdekat - Saifuddin Nasution

23/06/2025 02:28 PM

PUTRAJAYA, 23 Jun (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata calon untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sudah dikenal pasti.

Beliau berkata pengumuman bakal dibuat dalam masa terdekat. 

"Dalam proses (pelantikan), (dalam masa) terdekat ini akan buat pengumuman," katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Hazani Ghazali bersara wajib pada 10 Februari lepas. 

Susulan itu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) pada 14 Mei lepas melahirkan kebimbangan mengenai kelewatan pelantikan Ketua Pengarah AKPS yang baharu dan menggesa kekosongan jawatan penting itu perlu diisi segera.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan