AM

Hentian Sebelah Serdang Ditutup Sementara Untuk Kenderaan Berat - PLUS

07/07/2025 02:37 PM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Hentian Sebelah Serdang (arah selatan) di KM308.20 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) akan ditutup sementara secara berperingkat kepada semua kenderaan berat selama 25 hari bermula hari ini bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan konkrit. 

PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataan memaklumkan laluan masuk kenderaan berat ke hentian tersebut ditutup secara berperingkat mulai 8 pagi ini hingga 12 malam, 31 Julai 2025, bagi membolehkan kerja naik taraf jalan berjalan lancar demi keselesaan pengguna lebuh raya.

“Sehubungan itu, pengguna kenderaan berat dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan parkir yang terdekat sebagai alternatif sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut dijalankan.

“Bagaimanapun, kemudahan lain dan parkir kenderaan kelas satu di hentian tersebut masih beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan itu. 

Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini selain mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas lebuh raya PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh melalui Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik dan Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 bagi sebarang bantuan kecemasan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan