SANDAKAN, 13 Julai (Bernama) -- Malaysia kekal sebagai peneraju ekosistem halal global, namun perlu sentiasa kompetitif dan inovatif, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata halal bukan sekadar pensijilan tetapi merangkumi nilai kualitif, kebersihan, ketelusan dan integriti.
"Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited menjadi peneraju dalam memperluas penyertaan perusahaan kecil dan sederhana serta koperasi dalam industri halal," katanya ketika berucap merasmikan Program Halal Success KUSKOP di sini hari ini.
Beliau berkata industri halal bukan sahaja milik umat Islam tetapi kini menjadi satu ekonomi global dengan nilai pasaran melebihi USD 3 trilion.
Ewon turut menasihatkan usahawan supaya bersedia untuk berinovasi dan keluar daripada zon selesa, dengan merebut peluang bukan hanya fokus pada pasaran domestik tetapi membina jenama yang menembusi pasaran antarabangsa.
"Ambil peluang program seperti ‘Halal Success’ ini bukan hanya latihan semata-mata, ia peluang membina masa depan, manfaatkan bimbingan yang diberikan, guna platform ini untuk membina kepercayaan pasaran," katanya.
‘Halal Succes KUSKOP’ menyediakan platform intervensi holistik termasuk bimbingan teknikal, perniagaan dan pembiayaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial