AM

Petugas Keselamatan Jalan Tanggungjawab Dengan Profesional - Saifuddin Nasution

27/07/2025 03:28 PM

KULIM, 27 Julai (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpuas hati dengan kawalan keselamatan sepanjang perhimpunan anjuran pembangkang yang dihadiri kira-kira 18,000 peserta di ibu negara semalam.

Beliau berkata anggota serta pegawai keselamatan telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan profesional, sekali gus menterjemahkan komitmen kerajaan dalam menjamin kebebasan bersuara rakyat.

“Saya dapati kerajaan telah benar-benar menterjemahkan komitmen secara terang-terangan, jaminan keamanan dan ketenteraman juga terbukti dapat kita berikan.

“Sehingga kini, belum ada apa-apa aduan (sepanjang perhimpunan). Ini bukti yang paling nyata Kerajaan MADANI ini menjamin kebebasan berhimpun yang dijamin dalam Perlembagaan untuk dinikmati oleh rakyat sudah pun terbukti kita laksanakan,” katanya selepas Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Dataran Kulim di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata selepas ini terpulang kepada pihak pembangkang sama ada mahu terus membuat tuntutan terhadap kerajaan melalui penganjuran perhimpunan atau sebaliknya. 

“Mereka ada pilihan, nak berhimpun setiap minggu atau nak fokus kepada tugas mereka? Apa tanggungjawab mereka sebagai blok pembangkang? Kalau tak setuju dasar kerajaan dalam soal ekonomi, soal kebajikan, dia (pembangkang) mesti tunjukkan dasar (yang mereka nak buat).

"… jadi, bentangkan kepada rakyat, apa dasar kebajikan mereka? Supaya rakyat boleh nilai... Biar rakyat buat perbandingan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan