AM

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19/08/2025 10:02 PM

ALOR SETAR, 19 Ogos (Bernama) -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya insiden pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini hari ini.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian berlaku pada 11.26 pagi tadi.

“Pesawat tersebut diterbangkan oleh pelatih Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1), Kolej Tentera Udara yang sedang menjalani latihan penerbangan solo. Pelatih tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, TUDM akan menubuhkan satu lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan buat masa ini, pengoperasian latihan penerbangan di INSPEN 1 diteruskan seperti biasa.

Terdahulu, Malaysia Airports menerusi hantaran di laman sosialnya memaklumkan LTSAH ditutup sementara susulan insiden tersebut dan bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan pesawat dan membersihkan landasan di lapangan terbang itu.

Landasan berkenaan dibuka semula pada 3 petang selepas mendapat kelulusan keselamatan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan operasi penerbangan di LTSAH kembali berjalan seperti biasa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan