KOTA BHARU, 20 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan selepas dikejar polis di Jalan Tumpat-Kota Bharu, semalam, kerana memiliki air ketum dan pil yaba.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu menerima maklumat daripada IPD Tumpat pada 6.15 petang, berhubung suspek yang memandu Mitsubishi Pajero dan Proton Preve.
“Dengan bantuan kereta peronda (MPV) IPD Kota Bharu, suspek yang memandu Pajero berjaya ditahan pada 6.46 petang, manakala pemandu Proton Preve melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemukan sebotol plastik berisi cecair dipercayai air ketum serta sebatang straw berisi pil merah disyaki pil yaba.
Wan Ruzailan berkata semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran Proton Preve adalah palsu, manakala suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial