Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata program tiga hari itu yang bermula hari ini disertai 71 usahawan SDSI dari Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Beliau berkata, selain pameran serta jualan produk unik SDSI, lapan reruai menampilkan hasil tangan banduan Jabatan Penjara Malaysia.
Antara produk berkenaan termasuk songket, batik, barangan berasaskan kayu dan besi, pastri serta hasil tanaman.
“Penyertaan banduan dalam program ini juga sebagai inisiatif memberi pendedahan kepada majikan mengenai potensi kebolehkerjaan mereka di bawah sistem parol dan pembebasan berlesen,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di sini, hari ini.
Khairul Dzaimee berkata, tahun ini pihaknya memperuntukkan RM5 juta bagi penganjuran SDSI di beberapa lokasi termasuk Tawau, Sabah; Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur; TTC, Kuala Terengganu dan Temerloh, Pahang.
Menurutnya Showcase Borneo di Tawau pada Mei lalu berjaya mencatat jualan RM2.09 juta dengan padanan perniagaan bernilai RM550,000.
“Showcase Kebangsaan di MITEC pada 30 Julai hingga 3 Ogos pula merekodkan jualan RM1.096 juta dengan nilai padanan perniagaan RM15.9 juta.
“Tahun ini masih berbaki satu lagi program sempena Hari Penjaja dan Peniaga Kecil di Temerloh pada November depan yang dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Nov,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial