DUNIA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

12/09/2025 07:14 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa September 2025 dan Disember 2025, masing-masing menambah 11.0 mata kepada 1,588.5 dan 1,579.5, Oktober 2025 naik 10.5 mata kepada 1,584.5 dan Mac 2026 meningkat 14.5 mata kepada 1,560.5.

Jumlah dagangan naik kepada 3,789 lot daripada 3,099 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,317 kontrak daripada 39,994 kontrak sebelum ini.

FBM KLCI melonjak 17.28 mata kepada 1,600.13 daripada 1,582.85 semasa ditutup pada Khamis. 

 Bursa Malaysia akan ditutup pada 15 September, merupakan cuti umum tambahan sempena Hari Malaysia pada 16 September dan akan beroperasi semula pada 17 September.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan