IPOH, 12 Jan (Bernama) -- Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Jalan Tanjung Seberang Kati, Kampung Cheh Hilir dekat Kuala Kangsar, malam tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.44 malam bagi meminta bantuan membuka pintu rumah berkenaan sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
“Setelah pintu berjaya dibuka, terdapat seorang mangsa, iaitu wanita berusia lingkungan 55 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian dapur dan disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 9.35 malam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial