EKONOMI

Konsortium MISC Akan Sewa Kapal Pengangkut LCO2 Untuk Projek Northern Lights

30/01/2026 04:29 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Konsortium MISC Bhd bersama Kawasaki Kisen Kaisha, Ltd (K Line) telah memeterai perjanjian sewaan masa jangka panjang dengan Northern Lights JV DA untuk sebuah kapal pengangkut karbon dioksida cecair (LCO2) yang baharu dibina berkapasiti 12,000 meter padu.

MISC dalam satu makluman kerpada Bursa Malaysia berkata perjanjian itu adalah untuk tempoh sewaan tetap selama sepuluh tahun.

Perjanjian untuk kapal pengangkut LCO2 kedua yang baharu dibina itu dijangka akan diberikan pada April 2026 (secara kolektifnya, Kapal Pengangkut LCO2 Baharu).

MISC berkata sewaan itu menyokong sebahagian daripada keperluan Fasa 2 Projek Northern Lights Norway, ia merupakan sebahagian daripada Longship, projek pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) berskala penuh kerajaan Norway untuk pengangkutan karbon dioksida rentas sempadan daripada pelanggan di Eropah ke penyimpanan luar pesisir kekal di Norway.

Pengangkut LCO2 baharu akan dihantar antara separuh kedua tahun 2028 dan separuh pertama tahun 2029.

“Sewaan ini menandakan penyertaan strategik MISC ke dalam sektor CCS komersial dan perkapalan LCO2, seiring dengan cita-cita kumpulan untuk berkembang menjadi penyelesaian maritim rendah karbon dan pemboleh peralihan,” kata syarikat itu.

Sebuah syarikat usaha sama yang akan dimiliki dalam saham secara sama rata oleh MISC dan K Line, ia akan ditubuhkan untuk tujuan memiliki dan menyewa Pengangkut LCO2 Baharu.

Northern Lights JV DA, Perkongsian Am berdaftar dengan Liabiliti Bersama telah ditubuhkan pada Mac 2021 sebagai usaha sama antara Equinor Refining Norway AS, TotalEnergies EP Norge AS dan A/S Norske Shell.

Ia bertanggungjawab untuk pengangkutan dan penyimpanan CO2 untuk Projek Northern Lights.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan