JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Dalam Kebakaran Rumah

06/02/2026 12:00 PM

SHAH ALAM, 6 Feb (Bernama) -- Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemukan maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Seri Cheeding, Banting dekat sini pagi tadi. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima makluman kejadian itu pada 2.44 pagi. 

“Maklumat awal menyatakan seorang kanak-kanak terperangkap di dalam rumah.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 3.30 pagi dan mangsa dijumpai dalam keadaan rentung pada 4.15 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ahmad Mukhlis berkata operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, BBP Banting dan BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata pemeriksaan awal mendapati berlaku litar pintas di sebuah rumah. 

Beliau berkata kanak-kanak itu ialah anak kepada penyewa rumah terbabit.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan