AM

Sultan Selangor Sokong Inisiatif SPRM Perkukuh Budaya Integriti, Akauntabiliti

05/03/2026 04:16 PM

SHAH ALAM, 5 Mac (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan sokongan terhadap inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memperkukuh budaya integriti dan akauntabiliti di negeri itu.

SPRM memaklumkan Sultan Selangor bertitah demikian ketika menerima menghadap Pengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini. 

Baginda menerima sembah taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan usaha pencegahan rasuah dan memperkukuh kerjasama institusi dalam meningkatkan integriti pentadbiran negeri.

“Dalam majlis menghadap itu, beberapa isu lokaliti di Selangor turut dibincangkan termasuk cabaran tadbir urus, pemantapan sistem governan serta usaha meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam. 

“Majlis menghadap ini juga mencerminkan komitmen berterusan SPRM ke arah memastikan pentadbiran negeri yang telus, berintegriti dan bebas daripada rasuah demi kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan SPRM itu.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Selangor Khairul Izwan Karim.  

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan