IPOH, 14 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di Stadium Indera Mulia pada 21 Mac ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata semua rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dialu-alukan menghadiri program berkenaan.
“Sekiranya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat (20 Mac), pada sebelah pagi kita akan berkumpul di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri sebelum pulang meraikannya bersama-sama keluarga.
"Pada hari Sabtu (21 Mac) pula, sebelah pagi kita akan menghadiri majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkan pihak istana, manakala sebelah petang kerajaan negeri akan menganjurkan rumah terbuka seperti biasa di Stadium Indera Mulia. Program itu diteruskan sepertimana setiap tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Fiesta Raya Ipoh 2026 Riverfront @ Old Town di Kinta Riverwalk di sini hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial