KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat pagi ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan, selain disebabkan kemalangan dan kenderaan rosak.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1 arah selatan, kesesakan sepanjang tujuh kilometer dikesan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar berikutan kemalangan di KM 231.4
“Kerja pembersihan kesan kemalangan sedang dijalankan dan lorong kanan masih terhalang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata bagi laluan PLUS E2, trafik perlahan dari Setia Tropika ke Dato' Onn manakala kelewatan dijangka dari Sedenak ke Senai Utara berikutan kenderaan rosak di KM 22.8 arah selatan yang menghalang lorong kecemasan dan kiri.
Sementara itu, aliran trafik dari Singapura ke Malaysia melalui Tambak Johor dilaporkan perlahan dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodlands ke CIQ Sultan Iskandar, Johor Bahru.
Turut dilaporkan perlahan ialah dari Puchong Utama ke Puchong Intan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian 1-800-88-7752 yang beroperasi 24 jam dan platform X @plustrafik dan @llmtrafik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial