AM

Fadillah Ucap Penghargaan Atas Pengorbanan, Khidmat Bakti Warga PDRM

25/03/2026 12:44 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas segala khidmat bakti serta pengorbanan yang dicurahkan demi negara.

Beliau berkata pasukan keselamatan itu sentiasa bersiap siaga menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan, termasuk ketika musim perayaan di saat orang lain sedang bercuti bersama keluarga.

“Polis sentiasa ada, bertugas tanpa mengira masa dan ketika. Malah di musim perayaan sekalipun, di saat orang lain bersama keluarga, kalian semua tetap berada di barisan hadapan demi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat serta negara terus terpelihara," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau sempena sambutan Hari Polis ke-219. 

Fadillah berkata slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” bukan sekadar kata-kata, tetapi terbukti melalui setiap pengorbanan dan keikhlasan yang ditunjukkan.

“Selamat Hari Polis ke-219 buat seluruh warga PDRM, semoga Allah SWT sentiasa melindungi setiap langkah dan pengorbanan setiap warga PDRM. Jasa kalian semua sentiasa di hati rakyat. Terima kasih wira negara,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan