PUTRAJAYA, 6 April (Bernama) -- Kerajaan sedang menilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara, dengan keutamaan diberikan kepada aspek keselamatan, ketelusan serta penerimaan rakyat.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang berkata tenaga nuklear semakin mendapat perhatian sebagai satu daripada pilihan dalam campuran tenaga negara.
Beliau berkata dalam menghadapi permintaan tenaga yang semakin meningkat serta keperluan untuk beralih kepada sumber rendah karbon, Malaysia sedang menilai potensi teknologi itu secara menyeluruh.
Beliau berkata pendekatan yang diambil adalah jelas, iaitu tenaga nuklear bukan pengganti kepada sumber sedia ada seperti solar, hidro atau gas, tetapi sebagai pelengkap bagi memastikan bekalan tenaga yang stabil, mampan dan berdaya tahan dalam jangka panjang.
"Segala pertimbangan dibuat secara berhati-hati dan berasaskan bukti, melibatkan aspek keselamatan, kos, perundangan, pembangunan bakat serta penerimaan rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi, di sini hari ini.
Chang berkata keutamaan kekal pada satu perkara, iaitu memastikan setiap langkah yang diambil adalah selamat, telus dan memberikan manfaat kepada negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial