SHAH ALAM, 7 April (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Mariam Abdul Rashid atas pemergian suaminya tengah malam tadi.
“Innalillahi wainnailaihi rojiun. Merakamkan ucapan takziah buat Yang Berhormat Mariam Abdul Rashid, ADUN Meru atas pemergian suami beliau, Allahyarham Abu Bakar Din.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Allahumma firghlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Mariam menerusi akaun Facebooknya memaklumkan suaminya meninggal dunia pada 12.30 tengah malam.
“Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh malam tadi dan pengurusan jenazah akan dilakukan hari ini,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial