KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara terus komited menggerakkan Inisiatif Harmoni MADANI melalui pelbagai program yang meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian agama, budaya dan adat resam.
Menerusi hantaran Facebook, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif itu juga dapat memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata usaha memperkukuh keharmonian antara penganut agama terus menjadi agenda utama kerajaan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) Bilangan 1 Tahun 2026.
Aaron berkata mesyuarat yang dipengerusikan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan itu memberi tumpuan kepada penilaian pelaksanaan inisiatif serta program yang menyokong agenda perpaduan negara, selain memperhalusi peranan jawatankuasa berkenaan dalam mendepani cabaran semasa berkaitan sensitiviti agama.
“Antara perkara yang telah dibincangkan dan diteliti dalam mesyuarat ini adalah mengenai peranan JK HARMONI dalam menangani risiko gerakan kultus dengan memfokuskan kepada senario kes unification Church di Malaysia,” katanya menerusi hantaran itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial