KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga setakat 4 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat meliputi Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang di Kelantan, selain Jerantut, Temerloh dan Maran di Pahang.
Turut terlibat ialah Kinta (Perak), Gombak (Selangor), Jempol (Negeri Sembilan) dan Segamat (Johor).
Menurut MetMalaysia, status suhu Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial