AM

Agensi JPM Perlu Disiplin Tentukan Keutamaan, Pastikan Projek Beri Impak Nyata - KSN

10/04/2026 09:59 PM

PUTRAJAYA, April 10 (Bernama) -- Semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) perlu lebih berdisiplin dalam menentukan keutamaan projek bagi memastikan setiap perbelanjaan memberi nilai dan impak langsung kepada rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata penekanan itu dibuat dalam Mesyuarat Pengurusan bersama Ketua Jabatan dan Agensi di JPM yang dipengerusikannya hari ini, yang turut membincangkan isu dapatan audit, pematuhan serta prestasi kewangan dan projek pembangunan.

“Saya turut menegaskan agar semua agensi menilai semula keutamaan projek dengan lebih berdisiplin serta membezakan antara must have vs nice to have

"Setiap perbelanjaan dan pelaksanaan projek mesti berlandaskan nilai kepada rakyat, agar setiap usaha yang digerakkan benar-benar memberi manfaat yang dirasai secara langsung,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Shamsul Azri berkata JPM dan seluruh agensi di bawahnya juga perlu menjadi contoh teladan terbaik dalam semua aspek dan memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak nyata.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan