JOHOR BAHRU, 11 April (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 21 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di dua premis urut dan refleksologi di daerah ini pada 3 petang, Khamis lepas.
Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata hasil risikan dan maklumat awam, kesemua 12 wanita dan tujuh lelaki warga Myanmar serta dua wanita China dipercayai tukang urut berumur antara 18 hingga 41 tahun telah ditahan.
"Kedua-dua premis dipercayai menggaji warga asing tanpa dokumen sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial. Pengurus premis, seorang warga tempatan turut ditahan dalam Ops Gegar ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rusdi berkata kesemua ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut.
"Sebanyak tujuh borang 29, iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan untuk membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial