JENAYAH & MAHKAMAH

Empat Anggota Polis Dilepaskan Dengan Jaminan SPRM Kes Rasuah RM12,000

12/04/2026 09:12 PM

KOTA BHARU, 12 April (Bernama) -- Empat anggota polis yang ditahan reman selama lima hari bermula 7 April bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah dianggar bernilai RM12,000 telah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Kesemua anggota berkenaan difahamkan bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini.

Menurut sumber, mereka dilepaskan sebaik sahaja tempoh reman tamat dan SPRM sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

“Suspek yang disyaki meminta dan menerima wang rasuah itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam kenderaan yang dipandunya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan perkembangan itu dan keempat-empat suspek diwajibkan untuk melaporkan diri di pejabat SPRM Kelantan setiap bulan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan