DUNIA

Perpaduan ASEAN Penting Tangani Cabaran Keselamatan Maritim

12/04/2026 11:11 PM

MANILA, 12 April (Bernama-PNA) -- Perpaduan dalam kalangan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) adalah penting dalam menangani cabaran keselamatan maritim yang semakin berkembang di rantau ini, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Panglima Angkatan Tentera Filipina (AFP) Jeneral Romeo Brawner Jr. berkata negara anggota ASEAN yang bersatu akan mengekalkan kestabilan serantau.

“ASEAN sentiasa mendapat kekuatannya daripada kesepakatan tujuan. Perpaduan itu mesti terus membimbing kita bukan sahaja dalam memelihara apa yang telah kita bina -- tetapi juga dalam membentuk apa yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Brawner mengeluarkan kenyataan itu semasa Simposium Keselamatan Maritim Tentera Laut Filipina 2026 bertemakan  “Maritime Security in Southeast Asia: Navigating Continuity and Change Through ASEAN.”

Beliau menekankan peranan simposium itu sebagai platform kerjasama bermakna dan tindakan kolektif dalam kalangan rakan serantau.

“Biarlah simposium ini berfungsi bukan sahaja sebagai wadah dialog, tetapi sebagai komitmen bersama untuk bertindak dengan jelas, bekerjasama dengan tujuan, dan menegakkan domain maritim sebagai sumber kestabilan dan perhubungan untuk semua,” katanya.

-- BERNAMA-PNA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan