KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) perlu meneroka peluang baharu ke arah mewujudkan model perniagaan yang lebih berdaya saing dan mampan demi manfaat bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu hantaran di laman sosial X, beliau berkata Bank Rakyat juga perlu menggalas mandat penubuhannya dengan lebih berani dan berwawasan.
Terdahulu, Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak serta Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Ahmad Shahril Mohd Shariff bagi meneliti prestasi kewangan 2025 serta hala tuju institusi itu bagi tahun mendatang.
Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap prestasi tadbir urus dan kedudukan kewangan Bank Rakyat yang kekal kukuh pada tahun lepas sekali gus mencerminkan disiplin serta komitmen tinggi dalam mengurus amanah.
“Pada masa yang sama, perbincangan turut tertumpu kepada usaha memantapkan sistem perbankan dan kewangan Islam.
“Saya menegaskan bahawa prinsip keadilan, ihsan dan keterangkuman mesti terus menjadi teras dalam memperluas peranan kewangan Islam, selari dengan aspirasi MADANI,” kata beliau.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial