KOTA KINABALU, 21 April (Bernama) -- Seramai 1,048 mangsa daripada 224 keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan mangsa ditempatkan di PPS Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan Gas, Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Dewan Sibuga dan Sekolah Kebangsaan Karamunting.
“Semua PPS itu dibuka pada Ahad lepas. Dua lagi PPS iaitu Dewan Serbaguna Warga Tua dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hwa yang dibuka semalam masih dalam proses pengemaskinian data,” menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan berkenaan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Pada Ahad lepas, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan mengakibatkan kira-kira 1,000 rumah musnah, melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial