JENAYAH & MAHKAMAH

Lompat Keluar Dari Kereta Bergerak, Penumpang E-panggilan Cedera

02/05/2026 05:45 PM

SHAH ALAM, 2 Mei (Bernama) -- Seorang penumpang e-panggilan cedera selepas bertindak nekad melompat keluar dari sebuah kereta yang sedang bergerak di jalan raya berhampiran Taman Eng Ann, Klang dekat sini, pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata wanita berumur 25 tahun itu mendakwa tindakan pemandu kenderaan tersebut yang melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab jelas membuatkan dia berasa risau dan cemas sebelum bertindak membuka pintu di sebelah kanan. 

“Kereta itu dipandu lelaki tempatan berusia 47 tahun, seorang pemandu e-panggilan sepenuh masa, yang ketika itu membawa dua penumpang wanita... pemandu memberhentikan kenderaan dan mendapati mangsa cedera ringan. 

“Susulan itu, pemandu e-panggilan membatalkan pesanan tersebut dan meminta bantuan seorang penunggang motosikal di lokasi bagi menghantar mangsa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata pemandu e-panggilan kemudian membuat laporan polis sebagai perlindungan diri, dan kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka berdurasi seminit memaparkan aksi seorang wanita berbaju putih melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak di sekitar Klang. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan