JENAYAH & MAHKAMAH

Log Masuk MyJPJ Melalui MyDigital ID Beroperasi Lancar, Stabil

03/05/2026 12:04 AM

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan integrasi log masuk tunggal (SSO) aplikasi MyJPJ yang dikuatkuasakan semalam beroperasi dengan baik dan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal.

MyDigital ID dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sistem SSO MyDigital ID serta proses integrasi dengan aplikasi MyJPJ berada dalam keadaan stabil dan berfungsi seperti yang dirancang sekali gus membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan dengan lebih mudah serta selamat.

Kenyataan itu menyebut sehingga kini, sebanyak tujuh juta pengguna MyJPJ telah mendaftar, dan log masuk menggunakan MyDigital ID dengan jumlah keseluruhan pengguna MyDigital ID ialah 12 juta.

Menurut MyDigital ID, pelaksanaan log masuk tunggal turut memperkukuh aspek keselamatan siber apabila pengguna hanya perlu menggunakan satu identiti digital yang disahkan, berdasarkan rekod rasmi kerajaan bagi mengakses perkhidmatan kerajaan.

“Pendekatan ini mengurangkan kebergantungan kepada pelbagai kata laluan sekali gus membantu mengekang risiko pencerobohan akaun, penipuan digital serta penyalahgunaan identiti,” katanya.

Sehubungan itu, pengguna disaran memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MyDigital ID bagi membolehkan akses ke MyJPJ melalui kaedah log masuk tunggal selain memastikan kedua-dua aplikasi berada pada versi terkini.

MyDigital ID turut memaklumkan akan terus bekerjasama erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Keselamatan Siber Negara bagi memastikan pengalaman pengguna sentiasa selamat, pantas serta mudah selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem perkhidmatan digital negara.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan