MAKKAH, 2 Mei (Bernama-SPA) -- Rondaan keselamatan di Makkah menahan tiga penduduk warga Indonesia kerana melakukan penipuan dengan menyiarkan iklan mengelirukan dan palsu di media sosial yang menawarkan perkhidmatan haji, selain menemukan permit haji palsu serta peralatan digunakan dalam kegiatan itu dalam simpanan mereka.
Mereka telah ditahan, tindakan undang-undang diambil terhadap mereka dan kes dirujuk kepada pihak pendakwaan awam, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Keselamatan Awam menggesa orang ramai supaya mematuhi peraturan dan arahan haji serta segera melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Madinah, Riyadh dan wilayah timur, serta 999 di kawasan lain di Arab Saudi.
-- BERNAMA-SPA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial