JENAYAH & MAHKAMAH

Pasangan Warga Emas Maut Dalam Kemalangan Di Teluk Intan

02/05/2026 08:46 PM

IPOH, 2 Mei (Bernama) -- Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Batu 5 Jalan Maharajalela dekat Teluk Intan, petang tadi.

 Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dalam insiden 2.40 petang itu, pasangan berusia 70 tahun itu meninggal dunia di lokasi akibat tersepit dalam kereta Toyota Vios yang mereka naiki.

“Jentera tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan dua buah kereta, iaitu Proton Persona dan Toyota Vios dan terdapat tiga mangsa yang tersepit.

“Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang lagi mangsa, iaitu lelaki berusia 63 tahun yang menaiki Proton Persona mengalami kecederaan pada tangan dan kaki selepas tersepit di bahagian pemandu.

Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan manakala jasad dua yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan