DUNIA

Tentera AS Di Jerman Akan Dikurangkan Lebih 5,000 - Trump

03/05/2026 03:25 PM

ISTANBUL, 3 Mei (Bernama-Anadolu) -- Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu, Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan kehadiran tenteranya "lebih banyak daripada 5,000 anggota" di Jerman, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami akan mengurangkan lebih banyak lagi dan kami akan mengurangkan lebih daripada 5,000," kata Trump kepada pemberita di Florida, AS apabila ditanya mengenai langkah mengundurkan tentera dari Eropah.

Pentagon mengumumkan pengurangan tentera di Jerman, hab ketenteraan AS terbesar di Eropah pada Jumaat susulan perselisihan faham mengenai perang Iran dan tarif yang meningkatkan ketegangan antara Washington dan sekutu Eropahnya.

Ketua pertahanan AS telah mengarahkan penarikan kira-kira 5,000 tentera dari Jerman, kata jurucakap Pentagon pada Jumaat.

Langkah itu susulan kenyataan Trump bahawa Washington sedang mengkaji semula kehadiran tenteranya di Jerman.

Ia berikutan Canselor Jerman Friedrich Merz mengkritik AS kerana tidak mempunyai strategi keluar yang jelas dalam perang Iran, dengan alasan rakyat Amerika "dimalukan" oleh kepimpinan Iran semasa rundingan.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan dan Senat menyuarakan kebimbangan mengenai keputusan tersebut.

“Kami amat bimbang dengan keputusan untuk menarik balik briged AS dari Jerman,” Senator Roger Wicker dan Wakil Mike Rogers berkata dalam kenyataan pada Sabtu.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan