KANGAR, 3 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang pemilik premis perniagaan perkakasan berhubung penemuan kalimah Allah pada sebuah tokong kecil di premisnya di Seriab dekat sini, yang tular di media sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki berusia 61 tahun itu ditahan pada kira-kira 3 petang oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis daerah itu.
"Siasatan kes ini di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil," katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.
Sementara itu, Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim sebelum ini memaklumkan kepada Bernama polis menerima laporan pada 2.30 petang selepas seorang lelaki menonton video berkaitan kejadian itu di Facebook “SAYA ANAK PERLIS”.
Menurutnya, siasatan turut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial