KAHERAH, 5 Mei (Bernama-dpa) -- Tentera Iran menyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan peluru berpandu dan dron untuk hari kedua berturut-turut, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa.
Kementerian Pertahanan UAE memaklumkan bahawa pihaknya sedang bertindak balas terhadap serangan itu.
Pihak berkuasa perlindungan bencana menggesa orang ramai agar berlindung dan mengikuti saluran rasmi untuk mendapatkan amaran serta maklumat terkini.
Mereka turut menasihatkan agar serpihan yang jatuh tidak disentuh, dihampiri atau dirakam gambar.
Iran menyambung semula serangan ke atas UAE pada Isnin, buat pertama kali sejak gencatan senjata berkuat kuasa empat minggu lepas.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, baru-baru ini melanjutkan gencatan senjata itu secara persetujuan sepihak tanpa had masa.
Tentera Iran menyifatkan serangan mereka sebagai tindak balas terhadap inisiatif AS untuk membuka semula Selat Hormuz yang disekat.
Serangan pada Isnin turut menyebabkan kebakaran di depot minyak di Pelabuhan Fujairah di Teluk Oman, di luar selat itu.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial