KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Saham Capital A Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan tempahan sebanyak 150 pesawat Airbus A220 oleh AirAsia Bhd, iaitu tempahan terbesar bagi model berkenaan setakat ini.
Capital A adalah syarikat induk dan syarikat pegangan bagi AirAsia.
Awal hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Airbus bagi Pesawat Komersial Lars Wagner mengumumkan tempahan pembelian itu di Mirabel, Quebec, Kanada.
Turut hadir pada majlis itu ialah CEO Capital A Tan Sri Tony Fernandes merangkap pengasas syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia manakala Perdana Menteri Kanada Mark Carney menyaksikan pengumuman perjanjian penting itu.
Sementara itu, dalam makluman terkini kepada Bursa Malaysia, AirAsia X Bhd memaklumkan bahawa pembelian pesawat A220 itu tidak akan memberi impak segera terhadap kedudukan kewangan syarikat berikutan penghantaran pesawat dijadual bermula pada 2028.
"Kumpulan bercadang untuk mendapatkan pembiayaan pesawat yang diperlukan kira-kira 10 bulan hingga 12 bulan sebelum tarikh penghantaran setiap pesawat," menurutnya.
Pada 10.20 pagi, saham Capital A meningkat satu sen kepada 44.5 sen, dengan 32.43 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial