| BERITA TERGEMPAR | Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | |
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina), 7 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu mengambil langkah ke arah mewujudkan rangka kerja praktikal untuk penyimpanan stok minyak bagi meningkatkan keselamatan tenaga dan kesiapsiagaan rantau ini untuk tempoh jangka panjang, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata itu antara isu utama yang dibincangkan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Singapura Gan Kim Yong bersempena dengan Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-27 di sini hari ini.
“Kami bertukar pandangan mengenai kepentingan negara anggota ASEAN memainkan peranan yang lebih proaktif dan praktikal dalam memperkukuh daya tahan ekonomi serantau dan keselamatan tenaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Johari berkata mereka turut membincangkan perkembangan ekonomi serantau semasa dan impak daripada ketegangan geopolitik yang meningkat terhadap perdagangan dan rantaian bekalan global.
“Malaysia dan Singapura berkongsi hubungan ekonomi yang erat dan strategik.
“Saya percaya kerjasama serantau yang lebih kukuh dan pendekatan pragmatik akan kekal penting dalam memastikan ASEAN terus berdaya tahan, berdaya saing dan relevan dalam landskap global yang semakin mencabar,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial