KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi dua lokasi di Semenanjung melibatkan Kelantan dan Pahang serta satu kawasan di Sabah.
Kenyataan MetMalaysia memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Jeli di Kelantan dan Jerantut di Pahang manakala di Sabah melibatkan Telupid.
Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial