BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
 DUNIA

AS Dakwa Lancar 'Serangan Pertahanan Diri' Terhadap Iran

08/05/2026 11:24 AM

WASHINGTON, 8 Mei (Bernama-Anadolu) -- Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan tenteranya memintas serangan Iran dan membalas dengan "serangan pertahanan diri" ketika kapal perang AS melalui Selat Hormuz menuju ke Teluk Oman pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

"Pasukan Iran melancarkan beberapa peluru berpandu, dron dan bot kecil ketika USS Truxtun (DDG 103), USS Rafael Peralta (DDG 115) dan USS Mason (DDG 87) melalui laluan laut antarabangsa itu," menurut kenyataan berkenaan.

CENTCOM memaklumkan tiada aset AS terkena serangan itu.

"Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) menghapuskan ancaman yang menghampiri dan menyasarkan kemudahan tentera Iran yang bertanggungjawab menyerang tentera AS, termasuk tapak pelancaran peluru berpandu dan dron; lokasi perintah dan kawalan; serta nod risikan, pengawasan dan tinjauan," menurut kenyataan itu.

AS berkata pihaknya tidak mahu mencetuskan peningkatan ketegangan, namun kekal bersiap siaga dan bersedia melindungi tentera Amerika.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan