KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan terus memberi tumpuan terhadap keperluan rakyat Sabah dengan memastikan setiap dasar dan bantuan kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan serta dinikmati oleh rakyat di lapangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah meneliti beberapa perkara terkait pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Sabah.
Perdana Menteri berkata perkara itu dibincang ketika beliau menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, serta Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar hari ini.
“Perbincangan turut menyentuh ikhtiar meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di kawasan luar bandar termasuk usaha memperkukuh peluang ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
“Kerajaan MADANI akan terus memberi tumpuan terhadap keperluan Sabah agar setiap dasar dan bantuan bukan sekadar diumumkan tetapi benar-benar sampai dan dirasai rakyat di lapangan, insya-Allah,” kata beliau.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial