EKONOMI

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada MKH Berhubung Kenaikan Harga Sahamnya

15/05/2026 06:54 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mei  (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada MKH Bhd berhubung kenaikan harga dan jumlah dagangan saham syarikat itu baru-baru ini.

Pada penutup dagangan, harga saham syarikat itu meningkat 29.20 peratus, atau 33 sen kepada RM1.46 dengan 26.67 juta saham diniagakan.

"Pelabur dinasihatkan supaya mengambil maklum jawapan syarikat berhubung pertanyaan UMA itu yang akan disiarkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat, apabila membuat keputusan pelaburan mereka," menurut bursa itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

MKH ialah pemaju hartanah dengan operasi perniagaan di seluruh Lembah Klang, di China dan Kalimantan Timur, Indonesia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan