KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sabah serta Labuan hingga 4 petang ini.
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12 tengah hari memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda hampir seluruh daerah di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak serta Batang Padang.
Di Pahang, amaran dikeluarkan bagi kawasan Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu di Sabah, ribut petir dijangka melanda kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat serta Tawau, selain keseluruhan Labuan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial