BERITA TERGEMPAR   Allianz Malaysia posts higher net profit of RM227.35 mln in 1Q FY2026 compared to RM213.04 million in 1Q FY2025 | 
 AM

JPJ Setuju Kembalikan Perkhidmatan THM Secara Dalam Talian Serta-merta - Loke

25/05/2026 12:20 PM

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju untuk mengembalikan perkhidmatan urus niaga Tukar Hak Milik (THM) kenderaan secara dalam talian serta-merta dan sebarang penangguhan sistem untuk penambahbaikan, akan dilaksanakan semasa cuti panjang hujung minggu ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli, susulan laporan media berhubung penangguhan perkhidmatan itu malam tadi.

"JPJ telah memaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) berkenaan penyalahgunaan dan penipuan berlaku dalam sistem pertukaran hak milik menyebabkan liabiliti yang perlu ditanggung oleh JPJ. Justeru, JPJ perlu membuat penambahbaikan sistem dalam talian pada kadar segera.

"Namun, saya telah menasihati JPJ supaya memastikan kerja penambahbaikan sistem tidak menggangu urusan harian pengguna biasa dan tidak menyebabkan kesesakan besar di pejabat JPJ," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan penangguhan sementara semua urus THM kenderaan secara dalam talian berkuat kuasa hari ini, melibatkan semua saluran digital termasuk portal awam, kios serta rakan niaganya MyEG dan eAuto Sdn Bhd.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan