SUKAN

Kejayaan Izzuddin, Sze Fei Banggakan Negara, Tamatkan Penantian 18 Tahun Malaysia - Fahmi

07/06/2026 10:00 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu lelaki negara Nur Izzuddin Ramsani dan Goh Sze Fei atas kejayaan merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

Beliau berkata kejayaan itu menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menjulang gelaran juara beregu lelaki Terbuka Indonesia.

"Terima kasih atas semangat juang luar biasa yang menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Indonesia, dan membanggakan negara.

"Rakyat Malaysia sentiasa di belakang anda berdua," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Pasangan ranking kelapan dunia itu muncul juara beregu lelaki selepas menewaskan wakil Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 13-21, 21-18, 21-10.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan